Monday, February 21, 2011

LAUNGAN YANG MENGAGUNGKAN ALLAH ITU MENDAMAIKAN

[Dan katakanlah, “ kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka sesiapa yang mahu beriman, maka hendaklah dia beriman, dan sesiapa yang mahu Kufur, maka Kufurlah”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu NERAKA, yang gelojaknya mengepung mereka. Dan  jika mereka meminta minuman, mereka diberikan minuman daripada air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling hina] {Alkahfi:29}

                Gema laungan Doa Wehdah itu memenuhi ruang Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia mengakhiri majlis pengumuman Majlis Perwakilan Pelajar. Laungan itu bagaikan satu suntikan antidote yang memberikan kesan semerta kepada badan menjalar di dalam urat saraf. Satu semangat yang berkobar-kobar bertukar-ganti dalam selingan ritma pernafasan. Keluh-kesah kesayuan segera diganti dengan kedamaian jiwa.

            Pasti dan pasti kemenangan akan tiba wahai sahabat-sahabat. Bukan hina kekalahan yang diterima tapi pahala insyaAllah yang diganjar. Bila hati sudah tekad, bila mulut sudah ucap bahawa ISLAM adalah perjuangan, maka kesakitan, kemiskinan, kepayahan, penat jerih sudah pasti menjadi teman berjalan menuju ke alam abadi.

[Bila tiba pertolongan Allah dan kemenagan, maka kamu akan melihat manusia akan berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, maka bertasbihlah memuji Tuhan-mu. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat]{an-nasr:1-3}

KEMENANGAN ITU PASTI!!

1 comment: