Monday, May 16, 2011

SIFAT-SIFAT MUKMIN

Bismilillah,
Alhamdulillah, segala pujian kepada Sang Pencipta, Pengaturtadbir perjalanan alam semesta. Selawat dan Salam sebanyak-banyaknya kepada penghulu Nabi, Pembawa berita baik, Pemberi amaran dengan berita buruk.
Berkesempatan mengikuti usrah Kawasan. Perbincangan surah al-furqan bermula ayat 63-77. Petikan surah ini membincangkan beberapa sifat yang perlu ada pada seorang mukmin(‘ibadurrahman=hamba Allah). Teradapat sebanyak 11 sifat dibincangkan. Antaranya:
1)  Berjalan di atas muka dunia dengan tidak menyombongkan diri. Jangan sombong untuk turun ke ‘grass root’.
2) Bila berhujah/bercakap dengan orang jahil (fasiq/kafir), dia membalas dengan kata-kata selamat (baik dan jauh daripada perkara yang tidak diingini).
3) Sentiasa tekun bersujud dan bangun pada waktu malam. Inilah satu-satunya cara seorang yang mengaku seorang mukmin dan pendakwah membentuk jati diri. Rasulullah di awal perjalanan dakwah baginda, telah diperintahkan menghidupkan malam supaya dapat membentuk jati diri yang kuat kerana perintah menyeru umat manusia di tengah-tengah kejahilan yang menggila memerlukan daya tahan dan daya juang yang kental.
4) Sentiasa berdoa memohon dijauhkan daripada azab neraka.”sesungguhnya azab neraka sangat mengerikan”, al-furqan:65. Usaha untuk meraih reda Allah bukan sekadar melakukan amar makruf nahi munkar, TETAPI paling penting, berdoa.
5)  Bila berbelanja secara bersederhana. Di antara kikir (kedekut) dan berlebihan (membazir). Naqib memberi contoh orang kedekut. ‘Bila orang datang minta derma, buka wallet, cek2 duit, ada beberapa keeping duit kertas dan sekeping seringgit, lalu berkata “Oh, xde duit halus”, betapa berkedekutnya seekor manusia’.
6) Tidak menyembah/menyekutukan sembahan selain Allah. Satu lagi contoh yang menarik untuk direnungi, betapa mudahnya rosaknya akidah kita dengan hanya melalui percakapan tanpa kita sedari. “Fuh, makan penadol sbijik mlm td, terus hilang pening kepala”, terputus kebergantungan kita kepada Allah, sepatutnya, “Makan panadol sbijik, Allah hilangkan pening kepala”. Sangat sikit bezanya, sangat besar kesannya.
7)  Bila melalui tempat-tempat yang orang yang melakukan perkara lagho (perkara sia-sia bukan perkara dosa), maka mereka berlalu dengan senyuman. Mengelak daripada bersama-bersama di tempat-tempat yang sia-sia. Bila orang ajak join bersama, dia mengelak, bertujuan menjaga hati.
8) Sentiasa berdoa “wahai Tuhan kami, kurniakan kami daripada isteri-isteri kami dan anak-anak kami ‘Qurrata a’yun’, dan jadikan kami sebagai pemimpin orang-orang yang beriman.

GLOSSARI
duit halus = duit kecil



Bersambung..

No comments:

Post a Comment