Tuesday, May 17, 2011

Kerja Kampung

Pagi-pagi keluar bersama-sama bos besar makan kat kedai nasik katil, di Jalan Yaakubiah. Lama jugak tak merasa gulai ayam kampung. Jeligho sungguh makan nasi pagi. Tapi bukan nasi berlaukkan ayam gulai yang menjadi tumpuan benak pemikiran, melainkan berkisar tentang kerakusan pihak berkuasa terutama polis bila berhadapan dengan golongan yang mencari kebenaran di celah-celah kezaliman yang bermaharajalela. Berkesempatan mendengar para pejuang veteren yang rata-rata berumur 60-an bercerita tentang kezaliman yang dilakukan oleh pihak polis pada tahun 60-an ke tahun 70-an dimana pihak polis digunakan oleh kerajaan untuk menekan kebangkitan rakyat. Di bumi kelantan, melakar sejarah yang perit dan getir bagi pejuang-pejuang Islam. Tekanan yang diterima rakyat yang mendokong pejuanga Islam di Semarak, Pasir Puteh antaranya rumah dibakar. Berbekalkan 'badge' sebagai penguasa, pihak polis bersekongkol dengan 'pemuda tahan lasak' mengasak rakyat marhaen. 'Pemuda tahan lasak' sangat aktif sekitar tahun 60-an, yang dipercayai antara dalang utama pembunuhan Allahyarham Abdul Samad B Gul Ahmad. Beliau syahid dikapak oleh penjenayah yang hingga kini masih bebas (ntah dah mati ke tak). 

Namun, yang aku pelik, saat mutakhir ni, ada lagi speses ala-ala pemuda tahan lasak, namun bukan pemuda, tetapi orang tua bertindak bodoh dengan bertindak katok  seorang aktivis Gerakan Menuntut Royalti Kelantan. Tindakan terdesak ni menunjukkan keadaan tersepitnya mereka di akhir-akhir ini. Segala macam kemungkinan tindakan akan terus dilakukan untuk meneruskan kelangsungan golongan elit melayu.

*buat la gapo pon, hok sene brapo ekor jah, hok laen jadi kuli batok yg xdop hala perjuangan.
*nk gapo lagi dok atah dunio nih!? mati seksok guano gamok?


GLOSARI
Jeligho = berselera
Katok = pukul

Monday, May 16, 2011

SIFAT-SIFAT MUKMIN

Bismilillah,
Alhamdulillah, segala pujian kepada Sang Pencipta, Pengaturtadbir perjalanan alam semesta. Selawat dan Salam sebanyak-banyaknya kepada penghulu Nabi, Pembawa berita baik, Pemberi amaran dengan berita buruk.
Berkesempatan mengikuti usrah Kawasan. Perbincangan surah al-furqan bermula ayat 63-77. Petikan surah ini membincangkan beberapa sifat yang perlu ada pada seorang mukmin(‘ibadurrahman=hamba Allah). Teradapat sebanyak 11 sifat dibincangkan. Antaranya:
1)  Berjalan di atas muka dunia dengan tidak menyombongkan diri. Jangan sombong untuk turun ke ‘grass root’.
2) Bila berhujah/bercakap dengan orang jahil (fasiq/kafir), dia membalas dengan kata-kata selamat (baik dan jauh daripada perkara yang tidak diingini).
3) Sentiasa tekun bersujud dan bangun pada waktu malam. Inilah satu-satunya cara seorang yang mengaku seorang mukmin dan pendakwah membentuk jati diri. Rasulullah di awal perjalanan dakwah baginda, telah diperintahkan menghidupkan malam supaya dapat membentuk jati diri yang kuat kerana perintah menyeru umat manusia di tengah-tengah kejahilan yang menggila memerlukan daya tahan dan daya juang yang kental.
4) Sentiasa berdoa memohon dijauhkan daripada azab neraka.”sesungguhnya azab neraka sangat mengerikan”, al-furqan:65. Usaha untuk meraih reda Allah bukan sekadar melakukan amar makruf nahi munkar, TETAPI paling penting, berdoa.
5)  Bila berbelanja secara bersederhana. Di antara kikir (kedekut) dan berlebihan (membazir). Naqib memberi contoh orang kedekut. ‘Bila orang datang minta derma, buka wallet, cek2 duit, ada beberapa keeping duit kertas dan sekeping seringgit, lalu berkata “Oh, xde duit halus”, betapa berkedekutnya seekor manusia’.
6) Tidak menyembah/menyekutukan sembahan selain Allah. Satu lagi contoh yang menarik untuk direnungi, betapa mudahnya rosaknya akidah kita dengan hanya melalui percakapan tanpa kita sedari. “Fuh, makan penadol sbijik mlm td, terus hilang pening kepala”, terputus kebergantungan kita kepada Allah, sepatutnya, “Makan panadol sbijik, Allah hilangkan pening kepala”. Sangat sikit bezanya, sangat besar kesannya.
7)  Bila melalui tempat-tempat yang orang yang melakukan perkara lagho (perkara sia-sia bukan perkara dosa), maka mereka berlalu dengan senyuman. Mengelak daripada bersama-bersama di tempat-tempat yang sia-sia. Bila orang ajak join bersama, dia mengelak, bertujuan menjaga hati.
8) Sentiasa berdoa “wahai Tuhan kami, kurniakan kami daripada isteri-isteri kami dan anak-anak kami ‘Qurrata a’yun’, dan jadikan kami sebagai pemimpin orang-orang yang beriman.

GLOSSARI
duit halus = duit kecil



Bersambung..